Sejarah Huguan Siou

Bobohizan, salah satu daripada empat institusi penting Kadazandusun.

Huguan Siou atau Huguan Tosiouo bermaksud pemimpin berani dengan kehandalan ghaib.[3] Gelaran ini sebahagian daripada empat institusi yang sangat penting dalam sistem pentadbiran tradisional Kadazandusun yang wujud sejak di bawah jajahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Gelaran ini asalnya diberikan kepada individu yang diiktiraf sebagai ketua kampung, daerah atau kelompok masyarakat tradisional. Gelaran ini telah dimansuhkan dan dihapuskan sepenuhnya peranannya pada tahun 1917 oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British semasa Sabah di bawah pemerintahan syarikat tersebut. Huguan Siou tradisional yang pertama dipercayai pahlawan Kadazandusun yang memiliki kuasa luar biasa dan berasal dari Kampung Gunsing, Penampang.[4] Gelaran ini diwujudkan menjelang kemerdekaan Sabah bagi tujuan perpaduan dan politik. Aki Michael Milip telah menyuarakan penubuhan semula institusi Huguan Siou dan mencalonkan Donald Stephens untuk memegangnya pada tahun 1959 di suatu mesyuarat bulanan Persatuan Kadazan, Penampang.[5]

Rujukan

WikiPedia: Huguan Siou http://www.dailyexpress.com.my/news/138563/dewan-h... http://www.dailyexpress.com.my/read/1125/huguan-si... http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/print/5255 http://eprints.ums.edu.my/17675/1/sejarah%20kepimp... http://journalarticle.ukm.my/363/1/1.pdf http://web.usm.my/km/29(Supp1)2011/KM%20Vol.%2029%... http://web.archive.org/web/20200526130659/https://... http://web.archive.org/web/20200526130845/http://w... http://web.archive.org/web/20200526131030/https://... http://web.archive.org/web/20200526131305/http://w...